top of page
muinsapidin

Tiga Pendaki Sesat Di Gunung Korbu Ditemui

IPOH: Tiga pendaki yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Korbu di Ulu Kinta, Ipoh, berjaya ditemui kira-kira jam 6 pagi Isnin.

Ketua operasi Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II, Jamaluddin Md Amin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi memaklumkan kehilangan dua lelaki serta seorang wanita tersebut.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, mereka dimaklumkan tiga orang mangsa yang terdiri dari dua orang lelaki berusia 25 dan 32 tahun serta seorang wanita berusia 24 tahun telah tersesat.

“Mereka dipercayai terkeluar dari laluan pendaki dianggarkan sehingga satu kilometer dan terpisah daripada kumpulan pendaki seramai 16 orang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Kata beliau, pasukannya melakukan operasi mencari dan menyelamat sebelum berjaya menemui mereka berhampiran anak sungai kira-kira tiga jam kemudian.

Katanya, ketika ditemui, mangsa wanita didapati mengalami masalah kekejangan otot dan semua mangsa dibawa keluar serta diserahkan kepada pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

Operasi ditamatkan pada jam 8.48 pagi.


28 views0 comments
bottom of page