top of page
muinsapidin

Sultan Nazrin Berangkat Ke Istiadat Hari Pahlawan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli berangkat ke Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2016 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada pagi Ahad.

Mengiringi baginda, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Al Marhum Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Al Marhum Sultan Idris.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan termasuk polis dan tentera.

Istiadat bermula dengan keberangkatan Sultan Nazrin dari pentas memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota lain pangkat dari Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Baginda diiiringi Pegawai Pemerintah Perbarisan DSP Muhammad Nazri Ramli.

Majlis diteruskan dengan tiupan `Last Post’ dan bendera Malaysia diturunkan diikuti deklamasi sajak berjudul `Pahlawanku’ yang dideklamasikan oleh Suprintendan Rosbaini Kassim dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis kemudian diikuti upacara Tabik Hormat bagi menghormati tiupan `Rouse’ (paluan fajar) dan Jalur Gemilang dinaikkan.

Sultan Nazrin kemudian berangkat berangkat ke majlis santapan jamuan ringan sebelum berangkat pulang.


12 views0 comments
bottom of page