top of page
muinsapidin

Ponteng Sekolah Untuk Ke Kafe Siber

KLANG - Seramai 91 pelajar ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah Klang Utara, baru-baru ini. Pengarah Komunikasi Korporat, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, operasi yang diketuai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu turut disertai polis, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), MPK dan wakil sekolah yang terlibat.

Menurutnya, kebanyakan yang ditahan menjadikan pusat siber sebagai lokasi untuk ponteng sekolah. “Mereka menggunakan taktik menyembunyikan pakaian sekolah di dalam beg masing-masing. “Bagaimanapun taktik mereka gagal selepas pihak berkuasa menemui baju yang disembunyikan itu,” katanya. Beliau berkata, majlis sentiasa memberi sokongan pada mana-mana pihak yang ingin mengadakan operasi seperti itu khususnya di Klang bagi memastikan pelajar tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. “Selain itu, MPK juga giat menjalankan operasi pusat siber bagi memastikan tiada pemilik yang melanggar peraturan membenarkan pelajar masuk ke dalam premis pada waktu persekolahan. “Kita mengharapkan kerjasama masyarakat dalam menangani kes seperti ini bagi memastikan golongan muda tidak terjebak dalam gejala negatif,” katanya. Dalam pada itu, Norfiza turut menasihati ibu bapa agar peka dengan anak-anak termasuk dengan siapa mereka berkawan bagi mengelak mereka daripada terjerumus dalam kancah yang tidak sihat.


12 views

Recent Posts

See All
bottom of page