GERIK: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Jalan Besar Padang, Gros di sini pada petang Jumaat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Pegawai Bomba Kanan II Ramlan Shah Mohd Tahir berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda.
Gambar Hiasan
Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar 4 petang apabila sebuah lori berkenaan dan pacuan empat roda jenis Navara bertembung dan menyebabkan dua orang tersepit.
"Hasil impak pertembungan dua orang mangsa maut di tempat kejadian dan dua lagi cedera parah," katanya kepada Suara Perak.
Menurut beliau, pihaknya menggunakan alat rescue tool untuk mengeluarkan mangsa tersepit sebelum menyerahkan kepada pihak ambulans bagi rawatan lanjut.
Ramlan berkata, pihaknya menyerahkan mangsa yang maut kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.45 petang.