top of page
muinsapidin

Tanaman Ketum Tiada Dalam Agenda Kerajaan

PASIR SALAK: Kementerian Pertanian tidak mempunyai agenda untuk menggalakkan rakyat di negara ini supaya menanam pokok ketum bagi tujuan komersial. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, jika pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memohon Kerajaan Pusat membenarkan pekebun kecil menanam pokok ketum maka perkara itu elok dikaji dahulu implikasinya.

Menurut Tajuddin, beliau tidak tahu menahu tentang rancangan RISDA itu dan ia sebenarnya tidak ada dalam agenda Kementerian Pertanian. "Siapa-siapa atau mana-mana pihak yang hendak menanam ketum untuk eksport perlu teliti semula cadangan mereka kerana ia tidak ada dalam agenda Kementerian Pertanian. "Jika RISDA memohon kerajaan Pusat membenarkan pekebun kecil menanam pokok ketum eloklah RISDA kaji dulu implikasinya,’’ katanya. Tajuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kemudahan jeti nelayan darat di Ulu Dedap, Parlimen Pasir Salak pada Khamis. Menurutnya, penggunaan daun ketum diketahui boleh mendatangkan mudarat kerana ia mengkhayalkan apabila diminum.

"Oleh itu dirasakan ia tidak digalakkan untuk tanaman komersial," katanya.‎


7 views0 comments
bottom of page