top of page
muinsapidin

Pakatan Ambil Kesempatan Laporan Polis Pemuda UMNO

IPOH: Pakatan Harapan Perak cuba mengambil kesempatan daripada tindakan Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sambil menempelak tindakan itu, mereka menyifatkannya sebagai biadap dan merupakan satu ugutan politik terhadap institusi penjawat awam di Malaysia. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mewakili Pakatan Harapan Perak berkata, ia tindakan itu merupakan satu tuduhan berat terhadap tiga orang pegawai dan bekas pegawai kanan kerajaan. ""Ianya adalah satu tindakan tidak bijak kerana mereka menuduh ketiga-tiga individu ini menjual maklumat kepada FBI serta terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ini merupakan satu serangan terbuka ke atas kredibiliti institusi penjawat awam negara ini," katanya kepada Suara Perak pada petang Rabu. Kor Ming mendakwa, tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun adalah bertujuan supaya institusi dan agensi kerajaan diperkudakan oleh UMNO untuk melindungi mereka yang merasuah dan mencuri duit 1MDB. Ahli Parlimen Taiping itu juga mempersoalkan mengapa laporan polis tidak dibuat ke atas Jho Low, Riza Aziz dan dua pegawai Abu Dhabi. "Mengapa tak buat laporan terhadap "Malaysia Official One" yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang terlibat dalam skandal penyelewengan?

"Tindakan Pemuda UMNO menunjukkan sayap UMNO itu menyokong rasuah dan hilang segala kewibawaan," katanya lagi. Tambahnya, ekoran daripada laporan polis itu, Pakatan Harapan merasakan bahawa Pemuda UMNO turut berpendapat bahawa Najib terlibat dalam skandal 1MDB. “Pihak polis harus menyiasat kesemua identiti yang disebut oleh kertas tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, termasuk Malaysia Official 1," desaknya.


31 views0 comments
bottom of page