top of page
muinsapidin

Mahkamah Tangguh Kes Tertuduh IS

KAMPAR: Mahkamah Majistret Kampar menetapkan 30 Ogos depan untuk membolehkan pihak pendakwa melengkapkan kes siasatan terhadap seorang jurulatih kayak, Mohamad Jazrin Mohamad Azha, 22, yang dituduh kerana membenarkan akaun bank peribadi digunakan bagi mengendalikan harta pengganas.

Majistret Mohd Azrul Hasyimi menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan pihak pendakwa melengkapkan kes siasatan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohamad Jazrin dituduh melakukan kegiatan itu antara Januari hingga Februari tahun ini menerusi akaun RHB bank miliknya di Jalan Tasik, Gopeng dekat Kampar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan pengetahuannya mengendalikan harta pengganas bernama Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 24, dengan membenarkan perkhidmatan kewangan iaitu kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun bank berkenaan bagi manfaat pengganas.

Dia didakwa mengikut 1300 (1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid, di hadapan Majistret Mohd Azizul Hasyimi Mohammad.

Kesalahan itu tertakluk mengikut seksyen 13 (1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak menawarkan jaminan.


27 views0 comments
bottom of page