top of page
muinsapidin

Dua Doktor Palsukan Laporan Kesihatan Didenda

Dua doktor klinik persendirian mengaku salah memalsukan laporan kesihatan pemohonan lesen memandu vokasional Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tiga tahun lalu.

‎Dr Phuah Chye Thuang, 62, dan D Foong Hon Pin@Poon Hon Pin, 68, mengaku salah dihadapan hakim S. Indra Nehru di Mahkamah Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua mereka telah dijatuhan hukuman denda RM10,000 setiap seorang atau denda enam bulan penjara.

‎Kedua-dua tertuduh telah disabitkan kesalahan membuat perakuan telah memeriksa individu yang memohon memperbaharui lesen kelas D untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam sedangkan tiada pemeriksaan dilakukan.

Dr Phuah didakwa melakukan kesalahan itu di Klinik Phuah Jalan Takong Datoh, Gerik manakala Dr Fong didakwa melakukan kesalahan itu di Klinik Simee, Kampung Simee, Ipoh.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Mac 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

‎SPRM diwakili Timbalan Pendakwaraya Wahidah Jalaluddin manakala Dr Fong diwakili Meor Shaazizi Meor Shaari dan N.Sakthivel mewakili Dr Phuah.


14 views0 comments
bottom of page