top of page
muinsapidin

28 Pelancong Hampir Maut, Bas Terbalik Di Cameron Highland

IPOH: Seramai 28 pelancong termasuk dua orang tempatan nyaris maut apabila bas yang dalam perjalanan dari Cameron Highland ke Ipoh terbabas lalu terbalik di Kilometer 19, Jalan Keramat Pulai pada pagi Selasa.

Foto - Sinar Harian

Dalam kejadian sekitar 09.45 pagi itu, bas persiaran yang membawa pelancong daripada pelbagai negara itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ketika menuruni bukit menuju ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian itu hanya melibatkan bas persiaran berkenaan.

"Bas itu terbalik dan terseret sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum tersadai dalam longkang sebelah kiri, jalan yang menghala ke Cameron Highland," katanya ketika dihubungi Suara Perak pada Selasa.

Menurutnya, pemandu bas dan beberapa penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

"Seramai 10 lelaki pelancong asing dan 17 wanita, termasuk seorang wanita tempatan terlibat dalam insiden bas terbabas berkenaan.

"Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.


33 views0 comments
bottom of page