top of page
muinsapidin

Bapa Pelajar Ditampar Ustazah Kesal

KOTA BHARU- Bapa pelajar yang ditampar ustazah, Nursyahida Zulkifli, 15, sehingga menyebabkan anaknya alami masalah saraf kesal dengan tindakan guru terbabit dan mahu pihak Kementerian Pendidikan ambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terlibat.

Zulkifli Yunus, 58, berkata, ekoran tindakan guru itu, anaknya yang pernah jatuh dalam bilik air setahun lalu dan alami masalah saraf kembali menanggung kesakitan dan lebih parah hampir lumpuh sebelah badan. “Saya bukan mengadakan cerita malah tujuan saya mendedahkan kes ini bagi mengelakkan kes seumpama ini berulang.

"Bayangkanlah keadaan anak saya itu yang terpaksa menanggung kesakitan selepas kejadian itu dan terpaksa dirujuk semula ke hospital," katanya. Zulkifli berkata, dia hanya mahukan pembelaan terhadap nasib anaknya itu yang diperlakukan sedemikian. “Sepatutnya perkara seumpama ini tidak berlaku di sekolah dan guru seolah-olah melemparkan kemarahan dengan cara kasar.

“Sekiranya berlaku sesuatu terhadap anak saya sama ada lumpuh atau sebagainya apa nasib anak saya? Bertindak senang namun akibat tindakan terbabit ia menimbulkan masalah kepada mangsa,” katanya. Beliau berkata, dia akan melihat laporan doktor dan sekiranya perlu akan mengambil tindakan undang-undang.

“Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian di atas keprihatinan mereka yang akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pelaku. Kelmarin, Kementerian Pendidikan menjelaskan, mereka akan menunggu laporan lengkap kejadian seorang ustazah dikatakan menampar pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah Selasa lalu. Timbalan Menteri Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selepas menerima laporan berkenaan dalam masa terdekat. Dalam kejadian kejadian jam 8.30 pagi Selasa lalu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya. Akibat kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik itu dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf. Ibu pelajar itu, Zakirah Zahari, 35, berkata dia difahamkan, anaknya ditampar di depan perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.


11 views0 comments
bottom of page