top of page
muinsapidin

TNB Rai Balu, Anak Yatim Dan OKU

IPOH: Di dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

Sempena Majlis Aidilfitri TNB Tahun 2016 peringkat negeri Perak di sini pada Isnin malam, mereka turut meraikan 103 balu kakitangan TNB, anak yatim dan kanak-kanak kurang upaya.

Selain itu golongan berkenaan diberikan sumbangan duit raya dan cenderahati yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Hadir sama di majlis itu ialah exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Perak, Datuk Mohd Zahir Md Nagor, Pengarah Urusan TNB Jana Manjung, Datuk Shamsul Ahmad dan Pengurus Besar Bahagian Penghantaran TNB Perak, Ir Abd Halim Baharuddin.

Lebih 1,000 orang hadir di majlis tersebut yang turut diadakan pertandingan lagu-lagu raya di kalangan kakitangan TNB di seluruh negeri.


11 views0 comments
bottom of page