top of page
muinsapidin

Tuanku Zara Sampai Sumbangan Aidilfitri

BUKIT MERAH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Aidilfitri dan Sumbangan Pandu Puteri Perak di Pusat Transformasi Komuniti Bukit Merah pada Ahad.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga Timbalan YDP Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Perak.

Hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli dan wakil rakyat setempat.

Seramai 60 orang daripada masyarakat setempat menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuanku Zara dan Raja Nor Mahani dalam majlis tersebut.

Mereka terdiri daripada 30 orang dewasa dan 30 orang kanak-kanak, terdiri daripada fakir miskin, OKU dan golongan kurang berkemampuan.

Majlis yang bermula seawal jam 11 pagi itu berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dengan majlis santapan serta jamuan Aidilfitri buat penduduk setempat.


41 views0 comments
bottom of page