top of page
muinsapidin

Meluru Masuk Samun Stesen Minyak

SEREMBAN - Seorang pekerja stesen minyak berdepan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua penjenayah dalam kejadian samun di Jalan Tampin - Seremban di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu berlaku ketika mangsa, seorang warga Bangladesh yang bertugas sebagai juruwang di stesen minyak terbabit berada di situ seorang diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, ketika mangsa berada di kaunter bayaran, dia dikejutkan dengan kehadiran penjenayah terbabit yang datang menunggang motosikal. “Salah seorang penjenayah memecahkan pintu kaca menggunakan sebilah parang dan tukul besi sebelum meluru masuk lalu mengacukan parang kepada mangsa. “Penjenayah berkenaan kemudian telah mengambil dua mesin duit sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya di sini, semalam. Muhamad Zaki, kerugian dianggarkan RM3,597 selepas wang tunai di kaunter wang dilarikan, bagaimanapun mangsa tidak dicederakan. Menurutnya, polis sedang meneliti rakaman kamera tertutup (CCTV) di stesen minyak terbabit dan sedang giat mengesan suspek terlibat. “Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan, katanya.


26 views0 comments
bottom of page