top of page
muinsapidin

Pemandu Bas Ekspress Parah, 27 Penumpang Selamat

GOPENG: Seorang cedera parah dan 27 penumpang lagi selamat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekpress dan lori treler di Kilometer 310.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian itu, pemandu bas ekspres yang berusia 40-an berkenaan cedera parah manakala tujuh penumpang cedera, 20 lagi selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Gopeng, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 01.42 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati bas ekspres tersebut telah melanggar bahagian belakang lori treler, sebelum kami mengeluarkan pemandu bas yang menjadi mangsa tersepit akibat insiden itu.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tapah menggunakan jentera EMRS manakala tujuh penumpang yang mengalami kecederaan turut dibawa ke hospital sama dengan menggunakan ambulan," katanya kepada Suara Perak pada pagi Jumaat.


22 views0 comments
bottom of page