top of page
muinsapidin

Jambatan Kg Baru-Kg Teluk ‎bernilai RM40juta siap September

Pergerakan penduduk ‎untuk ke Lumut dan Sitiawan akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan siapnya jambatan Kampung Baru-Kampung Teluk di Ayer Tawar tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jambatan sepanjang 420 meter merentasi Sungai Manjung yang dijangka siap September ini merupakan jalan pintas ‎untuk ke Lumut, Manjung dan Sitiawan.

Menurutnya, ‎ketika ini penduduk terpaksa menggunakan jalan utama Ipoh-Lumut sejauh 30 kilometer dengan memakan masa antara 30 hingga 45 minit untuk sampai ke Manjung, Sitiawan dan Lumut.

Kata beliau dengan jambatan itu nanti perjalanan ke dua tempat itu menjadi lebih cepat dengan hanya mengambil masa15 minit.

"Projek jambatan yang keseluruhannya menelan belanja RM40 juta merupakan satu lagi janji pilihan raya yang berjaya dilunaskan kerajaan Barisan Nasiona‎l.

Ianya melibatkan tiga fasa dengan fasa ‎pertama bernilai RM17 juta, fasa kedua RM14juta yang melibatkan pembinaan jambatan dan jalan tuju.

Manakala fasa ketiga melibatkan kos RM21 juta iaitu jalan yang menghubungkan, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja memantau projek jambatan Kampung Baru-Kampung Teluk di Ayer Tawar pagi tadi.

Menurut Menteri Besar berkata pembukaan jambatan itu nanti bakal membawa pembangunan ekonomi kepada kampung-kampung terlibat.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati kerana projek jambatan berjalan mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan.

"Projek ini bermula dua tahun lepas dan kini berada di berada di fasa satu dan dua. Fasa ketiga akan bermula tidak lama lagi dan kita yakin akan siap September ini," katanya.


56 views0 comments
bottom of page