top of page
muinsapidin

Perak Akan Pergiat Promosi Sebagai Destinasi Pilihan Pelancong Antarabangsa

KAMPAR: Perak akan ditonjolkan sebagai destinasi pilihan utama pelancongan dalam dan luar negara setelah Ipoh mendapat status sebagai destinasi terbaik Asia yang diiktiraf oleh majalah terbesar dunia Lonely Planet baru-baru ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi, bagi merealisasikan matlamat itu kerajaan negeri akan memberi fokus kepada usaha memperbanyakkan sesi mempromosikan produk-produk menarik pelancongan yang terdapat di negeri ini.

"Dalam tempoh enam bulan terakhir ini, kita akan memberi tumpuan kepada usaha mengadakan travel fair dan sesi perniagaan kepada perniagaan dalam skala besar bersama pengiat-pengiat industri pelancongan seluruh Perak,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada Suara Perak di Majlis Salam Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah di Dataran Malim Nawar malam tadi. Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohamed Radzi Manan.

Kira-kira 1,500 penduduk dalam kawasan DUN Tualang Sekah hadir pada jamuan hari raya itu yang turun diceriakan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak. Menurut Nolee, beliau akan mengadakan satu sesi taklimat minggu depan dengan semua wakil agensi dan pengiat industri pelancongan di negeri ini bagi membincangkan pelbagai usaha untuk mempromosikan produk pelancongan mereka dalam pesta pelancongan yang akan dianjurkan nanti. "Jadi untuk Malaysia kita telah memilih tiga destinasi utama Selangor, Pahang dan Johor manakala pasaran antarabangsa pula semestinya Singapura iaitu pasaran terbesar kami di Perak dan juga untuk antarabangsa kita akan promosikan di Pusat Dagangan Dunia (World Trade),’’ katanya. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mendedahkan perkara ini baru-baru ini berkata kerajaan negeri amat teruja dengan penarafan tersebut kerana ia membuktikan segala usaha keras mempromosikan bandaraya ini berhasil. Baru-baru ini, majalah pelancongan nombor satu di dunia, Lonely Planet telah menamakan Ipoh sebagai salah satu destinasi terbaik bagi pelancongan di Asia bagi tahun 2016. Pemilihan yang berlangsung selama 12 bulan oleh pihak editorial itu turut meletakkan Ipoh sebagai lokasi keenam teratas dan antara faktor utamanya adalah ledakan kafe hipster dan warisan bangunan bersejarahnya. Lonely Planet juga telah memilih Ipoh selepas Hokkaido di tempat pertama, Shanghai di tempat kedua, diikuti dengan Jeonju manakala Ipoh merupakan satu-satunya bandaraya pilihan mereka.


25 views0 comments
bottom of page