top of page
muinsapidin

Penunggang Maut Motosikal Bertembung Van

IPOH - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah van di Jalan Bercham dekat Simpang Lorong Bercham 11, di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian pada jam 4.45 pagi itu, mangsa, Mohd Farhan Mohd Ali, 23 maut di tempat kemalangan selepas mengalami kecederaan parah.

"Hasil siasatan awal mendapati van itu dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke pasar pagi Jalan Bercham.

"Semasa sampai di tempat kejadian van itu dipercayai telah membelok ke kanan lalu bertembung dengan mangsa yang datang dari arah bertentangan.

"Mohd Farhan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan oleh Multiple Injuries Consistent with Road Traffic Crash," katanya.

Tambah beliau, pemandu van berusia 53 tahun itu pula telah mengalami kecederaan di muka serta kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Fatimah Ipoh.

Mayat Mohd Farhan juga telah diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

"Tiada tangkapan telah dibuat kerana siasatan masih lagi diteruskan," ujarnya.


16 views0 comments
bottom of page