ISTANBUL - TURKI. Ketika keadaan sedang memuncak, pesawat membawa Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Turki, hari ini.
Tayyip Erdogan
Presiden itu dilaporkan pulang dari bercuti selepas cubaan rampasan kuasa oleh tentera untuk menggulingkan beliau.
Ketika kejadian, Erdogan dikatakan bercuti di Marmaris sebuah destinasi pelancongan tepi pantai di Turki.
Sekumpulan tentera juga dilaporkan memasuki premis kumpulan media swasta Turki, Dogan Media, lapor saluran CNN-Turki sebelum dihentikan siarannya oleh kumpulan berkenaan.
Dilaporkan juga dua orang terbunuh dalam pertempuran di sekitar ibu kota awal semalam.