top of page
muinsapidin

Penubuhan Parti Baru Akan Kukuhkan Lagi UMNO

SUNGAI SIPUT: Beberapa Ketua UMNO Bahagian di Perak yakin cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru dan membentuk sebuah blok pembangkang tidak akan melemahkan UMNO.

Sebaliknya, mereka yakin, cadangan mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu akan memperkukuhkan lagi UMNO, termasuk di peringkat akar umbi.

Mereka berpendapat, selama ini ahli-ahli serta penyokong UMNO dan barisan nasional di peringkat akar umbi memang tidak boleh menerima pembangkang, lebih-lebih lagi DAP.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, beliau tidak melihat penubuhan parti baru akan menimbulkan masalah kepada UMNO dan ahli-ahlinya, termasuk di peringkat akar umbi.

“Bahkan akan lebih mengukuhkan, menaikkan semangat ahli-ahli UMNO untuk berjuang untuk menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang bekerja dengan pembangkang,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kasim pula berkata, beliau telah pun mengingatkan rancangan Tun Dr Mahathir itu dalam perbahasan ketika Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tahun lalu.

“Hari ini terbukti, Allah sememang nak buktikan, Allah panjangkan umur Tun Dr Mahathir, Allah nak buktikan siapakah beliau yang saya sebut itu, yang merupakan bapak kepada perpecahan Melayu di Malaysia,” ujarnya.

Mereka ditemui pada majlis peramian mesyuarat agung Persatuan Anak-Anak Jawang dan sambutan Aidilfitri di Dewan Sekolah Kebangsaan Jawang, dekjat sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, UMNO tidak gentar dengan cadangan Tun Dr Mahathir itu kerana ia hanyalah untuk memberi peluang kepada anaknya menjadi pemimpin.

Beliau juga yakin, UMNO akan terus kukuh kerana ahli-ahli yang tidak setia dan terpengaruh dengan mantan Perdana Menteri itu akan meninggal parti.

“Saya minta Tun Dr Mahathir terus menarik mereka yang sah tidak mahu bersama UMNO kerana kita tidak mahu ada musang berbulu ayam di dalam parti,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Felda Ijok dekat Selama pada Sabtu.


19 views0 comments
bottom of page