KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP yang sering menggelar dirinya "Superman", Hew Kuan Yau dikritik teruk di laman sosial gara-gara komennya mengenai tuntutan China ke Laut China Selatan.
Dalam satu tulisan di Facebook, Kuan Yau menulis: "南海 是 中國 的! 不要 因為 反共 而 反華 (Laut China Selatan milik China! Jangan menentang China hanya kerana anda anti-komunis).
Kuan Yau segera dihukum oleh pengguna-pengguna Facebook yang menyifatkan pemimpin DAP itu bukan sahaja buta sejarah, malah seorang yang tidak patriotik.
"Kamu ini gila! Anda bercakap perkara mengarut,'' komen seorang netizen, Kok Shin Shan.
Shin Shan menambah: "Anda mungkin boleh membenci kerajaan tetapi jangan menafikan hak kedaulatan negara anda sendiri!"
Seorang lagi netizen, Alexandra Wales menjelaskan bahawa tuntutan China ke Laut China Selatan bertentangan dengan tuntutan pemilikan Malaysia ke atas sebahagian kawasan zon ekonomi eksklusif.
"Beginikah cara seorang warganegara Malaysia bercakap?" Lebih penting lagi, beginikah cara DAP buat pendirian? soal anti-komunis atau anti-China tidak timbul di sini. Ini adalah soal undang-undang,'' katanya.
Roy Chang pula dengan sinis menasihatkan Kuan Yau supaya berpindah ke luar negara jika terlalu memusuhi negara sendiri.
"Kamu patut pindah ke China atau Pulau Spratly,'' ujarnya.
Sementara itu, Kazar Razak mengingatkan Kuan Yau supaya berhenti menyalahkan pengundi jika DAP tewas dalam pilihan raya kerana parti itu sering ditolak kerana ada pemimpin bodoh sepertinya.
"Patutla DAP selalu kalah pilihan raya. Banyak pemimpin bodoh macam ni. Kalau kalah, kamu kata pengundi bodoh. Tapi ini (kenyataan) apa?,'' soalnya. - New Malaysian Post