IPOH: Tiga sahabat telah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu kerana menyebabkan kematian seorang lelaki gara-gara tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu yang telah meletakkan pisau pada leher salah seorang sahabat berkenaan dalam satu pertengkaran tiga tahun lalu.
M. Jagetis, 28, M. Hekalan Nair, 21, dan P. Gunalan, 21, mengaku salah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian R. kanavathi, 38.
Kejadian itu berlaku di rumah nombor 18, lorong 2, Taman Cemerlang, Hutan Melintang pada 2 November 2013 lebih kurang jam 9.40 malam hingga 10.00 malam.
Mereka melakukan kesalahan itu di bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan.
Hakim Samsudin haji Hassan memerintahkan ketiga-tiga pesalah supaya menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditangkap. Jagetis ditangkap pada 12 November 2013 manakala Hekalan dan Gunalan ditangkap pada 2 Disember 2013.
Samsudin dalam keputusannya berkata, mahkamah memberi pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira pengakuan salah yang dibuat oleh ketiga sahabat itu kerana telah menjimatkan masa mahkamah selain untuk memberi keinsafahan atas perbuatan yang telah mereka lakukan.
Mengikut fakta kes yang dibentangkan di mahkamah, semasa awal pagi hari kejadian, jagetis bersama hekalan dan gunalan telah menaiki sebuah kereta dalam perjalanan ke taman permai di hutan melintang untuk menghadiri upacara mandi minyak dan merayakan deepavali.
Setelah selesai upacara itu dan semasa dalam perjalanan pulang, jagetis yang memandu kereta tersebut telah mengeluakan kata-kata kesat kepada Kanavathi (simati) yang ketika itu sedang menunggang motosikal di jalan raya.
Kanavathi yang mendengar kata kata kesat itu terus mengejar kereta yang dipandu jagetis sebelum kereta berkenaan berhenti. kanavathi kemudian menghampiri jagetis sebelum meletakkan sebilah pisau ke leher jagetis dengan memberi amaran supaya menutup mulutnya.Berikutan insiden itu berlaku pertengkaran tetapi berjaya dileraikan oleh ketiga sahabat itu.
Pada hari yang sama lebih kurang jam 9 malam, seorang saksi bernama Thikartikarao Arjunan telah datang ke rumah Jagetis dengan menunggang motosikal dan ketika itu hekalan nair ( Okt kedua ) dan gunalan (Okt ketiga) turut ada bersama.
Menurut saksi terbabit, Jagetis telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap insiden yang berlaku itu dan seterusnya melihat tiga sahabat itu berbincang di bawah pokok.
Thikartikarao memberitahu, hekalan nair (okt 2) telah menemuinya untuk meminjam motosikal sebelum dia melihat tiga sahabat itu bergerak ke arah yang tidak diketahuinya.
Menurut saksi itu lagi kurang 20 minit kemudian Hekalan Nair (Okt 2) telah pulang dan memulangkan semula motosikal tetapi mendapati penutup topi keledar telah pecah kerana digunakan untuk memukul Kanavathi (simati) .
Thikartikarao memberitahu, dia melihat tiga sahabat itu memasuki rumah kanavathi sebelum memukul simati yang ketika itu sedang duduk disofa.
Menurut fakta kes, hasil bedah siasat yang dijalankan menunjukkan bahawa sebab kematian simati adalah pendarahan pada dasar otak akibat trauma tumpul.