top of page
muinsapidin

Nga buat laporan polis terhadap Pemuda UMNO

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming membuat laporan polis terhadap Pemuda UMNO Malaysia mendakwa kononnya pertubuhan itu melanggar Akta Perhimpunan Aman dan kanun keseksaan.

Nga dalam satu kenyataannya mendakwa, pemuda UMNO malaysia telah melakukan himpunan haram sebanyak tiga kali iaitu di Ibu pejabat DAP Malaysia, ibu pejabat DAP Perak dan pusat khidmat DAP Taiping.

“Kelakuan pemuda UMNO yang membuang duit neraka, memaki hamun kaum Cina serta melawan anggota polis jelas mencerminkan wajah sebenar parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Nga yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping turut membuat laporan terhadap lukisan karikatur yang didakwa menghina Aidilfitri di laman facebook miliknya dan mera semua pihak tidak memanjangkan isu berkenaan.

Beliau juga sekali menegaskan tidak pernah melukis dan memuat naik gambar tersebut dan bersedia untuk membantu polis dalam menjalankan siasatan berkenaan perkara itu.

Laporan polis itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah Ipoh pada pagi Rabu.

Pengerusi DAP Perak itu sebelum ini dihentam teruk oleh pelbagai pihak ekoran karikatur kanak-kanak meminta duit raya menggunakan perkataan “derma” dan “dedak” di akaun Facebook miliknya.

Nga sebaliknya berdalih berkata beliau tidak pernah memuat naik bahan tersebut dan mendakwa ia kerja penyerang siber untuk memburukkan pemimpin DAP.


9 views0 comments
bottom of page