top of page
muinsapidin

Polis Keluarkan 69 Saman Dalam Ops Perangkap Laju

IPOH: Polis Trafik Perak telah mengeluarkan 69 saman termasuk 44 saman bagi kesalahan memandu laju dalam Ops Perangkap Laju yang dijalankan selama lebih empat jam di Kilometer 29 Jalan Ipoh-Lumut bermula jam 11 pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Perak, Suprintendan Wan Jamil Wan Chik, Ops Perangkap Laju dijalankan di Kilometer 29 Jalan Ipoh-Lumut kerana kawasan terbabit merupakan kawasan panas dimana kerap berlakunya kes kemalangan jalan raya. ``Punca berlakunya kes-kes kamalangan di kawasan ini adalah kerana pengguna kenderaan memandu dengan lalu sehingga ada yang memandu sampai 128 Kilometer sejam sedangkan papan kenyataan yang diletakkan di kawasan itu menetapkan 90 Kilometer sejam,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengetuai lima orang pegawai dan 28 anggota Polis Trafik dalam Ops Perangkap Laju di Kilometer 29 Jalan Ipoh-Limut berhampiran Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada Selasa. Wan Jamil berkata, baki 25 lagi saman berupa saman pelbagai kesalahan termasuk kesalahan cermin gelap, tiada lampu brek dan nombor pendaftaran plat kereta.

Sementara itu Ops Perangkap Laju di kawasan berkenaan berjalan lancar dan pantas apabila pegawai dan anggota polis Trafik menggunakan peralatan baharu iaitu Mobile Computer Online Payment Sistem (MCOPS). Menurut Pegawai Turus Trafik Kontinjen Perak, Mohd Mahiri Hussin, peralatan baharu itu yang mula diperkenalkan awal Februari tahun ini dalam Ops Selamat dan Ops Perangkap Laju memudahkan para anggota dan pegawai Trafik menjalankan tugas mereka tanpa sebarang masalah. ``Dengan menggunakan MCOPS ini segala data dan maklumat berhubung kesalahan lampau bagi kesalahan yang dilakukan pesalah trafik dapat dikesan dengan mudah dan pantas tanpa perlu merujuk lagi kepada ibu pejabat kontinjen polis,’’ katanya.


45 views0 comments
bottom of page