top of page
muinsapidin

Polis diarah pantau ‎akhbar Bahasa Melayu Daesh

Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau penyebaran surat khabar berbahasa Melayu yang dipercayai terbitan Daesh di sekitar Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati mencetak atau memuat turun sebarang artikel terbitan Daesh itu melalui internet.

“Pihak cawangan khas dan bahagian penerbitan Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau dan jika tedapat mana-mana individu yang mencetak secara hard copy dan muat turun bahan diperolehi dari internet ini kita akan gunakan tindakan undang-undang terhadap mereka.‎ “Antara undang-undangnya adalah Akta Mesin Cetak dan beberapa lagi akta di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perayaan hari guru peringkat daerah hilir Perak 2016 di Bagan Datoh pada Selasa. Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah pun menjumpai akhbar 20 muka surat itu dalam bentuk dalam talian namun masih lagi belum memperolehinya dalam bentuk cetakan. Katanya, cawangan khas PDRM akan melakukan pemantauan secara menyeluruh melalui dalam dan luar talian bagi memastikan propaganda yang dibawa oleh militan itu dapat disekat. “Saya tahu tujuannya adalah untuk mempengaruhi supaya timbul rasa simpati. Ia berbahasa melayu dan bertujuan ia dapat meraih sokongan buat IS. “Lebih 90 peratus bahan sebaran IS mengunakan propaganda melalui media sosial. Kita akan terus lakukan pemantauan dan mereka tidak akan terlepas daripada tindakan pihak PDRM,” tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut memberitahu akan membawa cadangan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) untuk mengenakan visa kepada pelancong-pelancong dari Asia Tenggara bagi mengekang ancaman militant Daesh ke mesyuarat cabinet pada Rabu. Jelasnya, perkara tersebut perlu dibicang dengan teliti termasuk mengambil kira kesemua pandangan jemaah menteri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.


11 views0 comments
bottom of page