top of page
muinsapidin

Pelajar Maut Ditimpa Tiang Gol

Gua Musang: Pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini maut ditimpa tiang gol hoki tumbang, kira-kira 9 pagi tadi. Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin, 14, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola bersama 11 rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang sekolah itu. Rakannya, Wan Mustakim Wan Musa, 14, berkata, sempat melihat arwah cuba menjaringkan gol, namun terjatuh di depan pintu gol kerana padang yang licin. "Arwah jatuh tertiarap dan tiang gol tiba-tiba tumbang dan menghempap kepalanya. "Saya dan rakan serta guru bergegas ke arahnya untuk beri pertolongan namun keadaannya sudah parah ketika itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini untuk dibedah siasat.


36 views0 comments
bottom of page