top of page
muinsapidin

Pemandu Bas Rempuh 10 Kenderaan Direman

Polis hari ini telah mendapat perintah tahanan reman empat hari terhadap pemandu bas ekspress yang merempuh 10 kenderaan berdekatan terowong Menora, Ipoh pada petang semalam. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Nee mengeluarkan perintah reman terhadap pemandu berusia 51 tahun itu bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tahanan reman terhadap pemandu yang berasal dari Johor Bahru itu bermula hari ini sehingga Khamis. Dalam kejadian 3 petang semalam, bas persiaran yang membawa 28 penumpang tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh 10 kenderaan di hadapannya. Hasil rempuhan itu, seorang mangsa dari salah sebuah kenderaan dirempuh mengalami kecederaan selain mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 11km. Dalam pada itu, pemandu pertama bas berkenaan, Zakaria Ahmad, 50, memberitahu bas terbabit telah diperiksa sebelum memulakan perjalanan. “Rakan (suspek) dan saya telah memastikan bas terbabit betul-betul berada dalam keadaan baik sebelum berlepas semalam. ketika kejadian, dia (suspek) merupakan pemandu kedua dan dia memang cukup tidur. “Saya hanya terkejut dari tidur apabila terdengar jeritan penumpang dan pemandu cuba memperlahankan kenderaan dan jatuhkan gear tetapi tak boleh,” ujarnya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daeranh Ipoh pada Isnin. Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur itu dipercayai mengalami masalah brek yang tidak berfungsi dengan sempurna semasa menuruni bukit.


19 views0 comments
bottom of page