top of page
muinsapidin

Pemandu bas persiaran rempuh 10 kenderaan akan ditahan

Pemandu bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain dalam satu kemalangan selepas terowong Menora akan ditahan, kata Kettua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik.

Katanya pemandu bas itu akan ditahan bagi membantu polis menyiasat kejadian kemalangan tersebut secara menyeluruh.

Katanya polis akan melihat sama ada kejadian itu berpunca daripada isu teknikal, kelalaian, pengaruh dadah atau alcohol.

“PDRM Perak memandang serius kejadian kemalangan ini dan kita mahu siasat secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian 3 petang itu, sebuah bas merempuh 10 kenderaan lain dalam kemalangan di kilometre 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas terowong Menora.

Kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu bagaimanapun dilaporkan selamat.

Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan.


24 views0 comments
bottom of page