top of page

Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu

  • muinsapidin
  • Jul 10, 2016
  • 1 min read

KOTA KINABALU - Tiga rakyat Indonesia dipercayai diculik lima lelaki bersenjata di perairan Lahad Datu ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan malam tadi.

Bernama difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah malam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun akan membuat sidang media mengenai perkara itu di Lahad Datu petang ini. - Bernama


bottom of page