top of page
muinsapidin

Pemuda UMNO Buka Pintu Bimbing Anak Muda  Terpesong Pengaruh IS

IPOH: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersedia membuka pintu untuk membimbing anak-anak muda yang dikesan terpengaruh dengan ideologi IS. Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun berkata, pendekatan yang diambil Pemuda UMNO Malaysia ini adalah kerana genarasi muda hari ini semakin terpengaruh dengan ideologi IS yang mana jika tidak dibendung boleh mengancam keselamatan negara.

Menurut beliau, Pemuda UMNO Malayaia akan mengambil langkah pro aktif untuk menyelami isi hati anak-anak muda ini dan memperbetulkan pemikiran mereka daripada dipengaruhi ideologi IS. ``Saya nasihat mahasiswi dan pelajar pelajar supaya jangan kita dengan mudah terpengarah apabila kita melayari informasi dan juga maklumat dalam dunia maya tanpa kita selidik memeriksa dan juga menyiasat apakah sama ada cerita-cerita itu benar ataupun sebaliknya dan juga ideologi ideologi yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan ekstrimis dan radikal dalam dunia maya ini supaya anak-anak muda ini dapat menilai sebenar buruk dan baiknya,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pemuda UMNO Perak di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di Ipoh pada Sabtu. Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor. Dalam sidang media itu Khairul Azwan turut menyatakan hasrat Pemuda UMNO Malaysia supaya pihak berkuasa negara mengadakan kawalan lebih ketat berkaitan kegiatan penyeludupan senjata api dan bahan letupan dari negara jiran ke negara ini. Katanya, Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan supaya pihak berkuasa mengkaji semula sistem dan prosedur yang lebih mantap berhubung kawalan kemasukkan penyeludupan senjata api dan bahan letupan ke negara ini dari negara jiran.


14 views0 comments
bottom of page