IPOH: Pergerakan Pemuda UMNOI Malaysia menyifatkan tindakan biadap Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang menghina Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu hasutan yang boleh membuat rakyat terutama orang Melayu yang beragama Islam marah yang akhirnya akan memyebabkan keselamatan dan ketenteraman awam tergugat.
Menurut Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun, beliau menyokong laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak agar Nga Kor Ming ditahan dan disiasat serta pihak polis perlu mengambil segera apa juga tindakan berhubung motif yang dibawa oleh Nga Kor Ming.
``Amat merbahaya ini semua akan menyebabkan ketenteraman awam dan keselamatan negara terjejas jadi Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan Nga Kor Ming dalam petikan ucapan Aidilfitri yang dibuatnya beberapa hari yang lalu,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pemuda UMNO Negeri di Dewan Orang Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di Ipoh pada Sabtu. Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor. Sehubungan itu Khairul Azwan meminta pihak polis jangan mengambil masa yang lama untuk menahan dan seterusnya menyiasat kerana sekiranya Nga Kor Ming tidak ditahan secepat mungkin dikhuatiri akan diikuti oleh individu-induvidu yang tidak bertanggungjawab. ``Saya juga amat khuatir sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera yang mungkin dan tindakan tegas tidak diambil maka akan lebih ramai akan menjadi dalang seperti Ng Kor Ming dan ianya akan menyebabkan rakyat terutama orang Melayu marah dan akhirnya ia boleh merebak menjadi perkara perkauman,’’ katanya. Beliau diminta mengulas tindakan Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook (FB) miliknya yang dilihat seakan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sementara Adun Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan turut mengecam tindakan Kor Ming dan menyifatkan tindakannya itu sebagai amat biadap kerana langsung tidak menghormati Aidilfitri iaitu hari kebesaran umat Islam. "`Kor Ming harus memohon memaafkan segera kepada umat Islam kerana beliau telah menyinggung perasaan umat Islam.’’ katanya semasa ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri ditemui di rumah terbuka di Ayer Kuning.