top of page

Kekosongan kerusi Speaker DUN Perak perlu dirujuk PM

  • muinsapidin
  • Jul 7, 2016
  • 2 min read

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri bagi membincangkan kedudukan jawatan Speaker Perak yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri S.K Devamany.

Katanya pertemuan itu perlu kerana Perdana Menteri selaku Presiden Barisan Nasional pusat perlu dirujuk berkaitan perlantikan jawatan Speaker di Perak.

‎Berikutan kekosongan kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri selepas perlantikan Devamany sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

Dr Zambry berkata buat masa ini beliau masih belum mengadakan sebarang perjumpaan rasmi bersama Devamany untuk mendapatkan maklum balas mengenai jawatan barunya. “Perkara mengenai perlantikan itu telah dimaklumkan kepada saya namun saya masih perlu berbincang dengan YAB Perdana Menteri kerana kedudukan seorang Speaker akan dicadangkan oleh parti, yang kemudiannya akan dibentangkan di dalam dewan. “ Kita akan lihat nanti dari segi rancangan dan bagaimana kedudukannya buat masa ini,”katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sambutan Hari Raya Aidilfiri 1 Syawal 1437H Peringkat Negeri Perak di kediaman Menteri Besar pada petang Rabu.

Pada 27 Jun lepas, Timbalan Presiden MIC itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran sebagai timbala Menteri di Jabatan Perdana Menteri susulan rombakan dan penyusunan Kabinet.

Kerusi Speaker DUN Perak kini disandang MIC sejak 2009 selepas peralihan kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Kerusi Speaker sebelum ini merupakan kerusi UMNO.

Kata Menteru Besar tidak wujud sebarang masalah untuk meletakkan nama bagi jawatan tersebut samada dari MIC atau mana-mana parti namun kesemua cadangan itu akan diserahkan kepada budi bicara di peringkat pusat.

Jelasnya, keputusan itu akan bergantung kepada ketua parti Barisan Nasional ( BN) iaitu YAB Perdana Menteri. “ Seperti mana kita sedia maklum, BN sentiasa mengadakan konsep musyawarah dan berbincang di kalangan kita terlebih dahulu, memang sebelum ini kita telah mengadakan persefahaman untuk mengikut dari segi keududkan kuota tetapi kini ianya perlu dirujuk kepada Perdana Menteri. “Tidak ada masalah, dari segi samada MIC ataupun berdasarkan perwakilan daripada komuniti mana pun kerana apa yang kita ingin lihat dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak adalah ianya dapat diwakili oleh setiap wakil komuniti yang pelbagai di negeri ini,”katanya lagi. Tambahnya, jawatan daripada perwakilan komuniti boleh digunapakai bukan sahaja untuk kerusi sebagai Speaker Perak namun terpakai bagi jawatan lain kerajaan negeri.


Comments


bottom of page