top of page
muinsapidin

Pergerakan lalu lintas di Slim River-Sungai sesak

IPOH - Pergerakan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di KM 369 arah utara dari Slim River ke Sungkai mengalami kesesakan teruk sepanjang 4km.

Kesesakan didapati bermula sekitar 5.50 petang berikutan satu kemalangan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan di lorong kanan di laluan itu telah menyebabkan trafik bergerak perlahan sejak jam 4.30 petang tadi.

"Bagaimanapun kerja-kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan itu sedang giat dijalankan insyaallah dalam masa terdekat lalu lintas akan kembali normal," katanya ketika dihubungi Suara Perak.

Selain daripada kawasan tersebut beliau memberitahu aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan masih lancar dan dijangka akan bertambah secara beransur-ansur mulai malam nanti.

"Aliran trafik dijangka bertambah lewat petang atau malam ini, berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik


32 views0 comments
bottom of page