top of page
muinsapidin

Peniaga kaburi pengguna dengan tawaran hadiah dikenakan tindakan

IPOH: Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Perak hari ini melaksanakan tindakan ke atas premis perniagaan yang mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menggunakan modus operasi tawaran hadiah percuma.

Timbalan Pengarah KPDNKK, Mohd Khalis Kassim berkata pihaknya telah melaksanakan tindakan ke atas dua kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 hasil pemeriksaan di beberapa lokasi pasar dan premis perniagaan.

Katanya hasil pemeriksaan bersama dengan 9 orang pegawai KPDNKK di sekitar Bercham pada 3 petang Selasa pihaknya telah berjaya mematahkan cubaan memperdaya pengguna dengan umpan hadiah percuma.

"Pengguna kononnya ditawarkan hadiah percuma tetapi sebenarnya harga jualan adalah lebih mahal dari nilai satu unit barang tersebut.

"Ini bermakna, hadiah tersebut seolah-olah terpaksa dibayar juga oleh pengguna walaupun dinyatakan ianya adalah percuma,"katanya kepada pemberita pada Selasa.

Katanya, kesalahan tersebut termaktub di bawah Seksyen 14 (1) ( b) Akta Petunjuk Palsu 1999 di mana harga tersebut mengelirukan pengguna yang ingin membeli.

"Harga pek nilai adalah lebih mahal daripada harga jualan 1 unit, malah perbezaan dikesan antara 11 sen hingga ke 1.07 sen,"katanya lagi.

Selain itu, pihaknya turut menyita beberapa barangan seperti tisu basah, susu bayi, ubat gigi dan minuman botol dan kotak dengan nilai sitaan sebanyakRM1281.86.

Khalis berkata kesemua kesalahan di bawah Akta Petunjuk Palsu 1999 boleh dikenakan tindakan sebanyak RM250,000 bagi syarikat dan RM 100,000 bagi individu persendirian atau penjara tiga tahun atau enam bulan.

Tambahnya,bagi kesalahan Akta Perihal Dagangan 2011, ianya boleh diambil tindakan sebanyak RM 500,000 bagi syarikat dan RM250,000 bagi individu atau penjara 3 tahun atau enam bulan.

"Kepada semua pengguna, sila semak harga terutama bagi barang-barang pek berkembar kerana adakalanya harga pek berkembar adalah lebih mahal dari satu unit sedangkan dinyatakan ianya adalah pek nilai.

"Buat perbandingan harga, semak tanda harga dan pastikan tiada petunjuk palsu atau mengelirukan,"katanya lagi.


1 view0 comments
bottom of page