top of page
muinsapidin

`Ops Selamat 9’ Berjaya Kurangkan Kemalangan Maut Gerik-Kelantan

GERIK: Kempen Keselamatan Jalan Raya `Ops Selamat 9’ yang dijalankan saban tahun di Hentian Perah, Gerik-Lebuhraya Timur-Barat berjaya mengurangkan kes kemalangan maut membabitkan pengguna kenderaan yang menggunakan lebuhraya itu semasa pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, YB Salbiah Mohamed dalam `Ops Selamat 7 yang dijalankan oleh PDRM dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Temengor, JPJ, Bomba dan JPAM hanya mencatatkan tiga kes kemalangan maut pada tahun lalu.

Walaubagaimanapun katanya, tiada kes kemalangan maut dicatatkan dalam `Ops Selamat 9’ setakat ini yang dijalankan sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

"Setiap tahun kita adakan Ops Selamat ini untuk memberi kesedaran dan nasihat kepada pengguna-pengguna jalan raya terutamanya pengguna Lebuhraya Timur-Barat supaya mereka sentiasa berhati-hati ketika memandu sewaktu pulang ke kampung halaman terutama Kelantan dan Terengganu.

"Kita mengambil pendekatan ini kerana kemalangan kerap berlaku di Lebuhraya Timur Barat namun dengan adanya Ops Selamat ini kita melihat bahawa tahap kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat semakin menurun,’’ katanya.

Salbiah berkata demikian kepada pemberita di majlis Pelancaran Ops Selamat 9/2016 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di Hentian Perah, Gerik pada Selasa.

Menurut Salbiah, setiap tahun apabila Ops Selamat dijalankan hampir 6,000 kenderaan telah dicatatkan menggunakan Leburaya Timur-Barat semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pada pelancaran `Ops Selamat 9’ itu, Salbiah yang juga Ketua Puteri UMNO Perak telah menyampaikan bag kertas berisi buah tangan kepada pengguna-pengguna kenderaan di hentian tersebut.


25 views0 comments
bottom of page