KEJADIAN pengeboman berani mati berhampiran Masjid Nabawi, Madinah mengakibatkan empat pengawal keselamatan terbunuh manakala lima yang lain cedera.
Perkara itu turut disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasminya.
Menerusi kenyataan itu, pihak Arab Saudi memaklumkan kesemua mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom berani mati berkenaan menuju ke Masjid Nabawi.
Letupan dilaporkan berlaku ketika umat Islam di Madinah sedang berbuka puasa di dalam masjid,