top of page
muinsapidin

Penoreh Getah Didakwa Bunuh Suami

TEMERLOH - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di rumah mereka dekat sini Khamis lalu.

Tertuduh Ladinah Dolah Asli, 33, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding sekadar mengangguk kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Penoreh getah Ladinah Dolah Asli, 33, dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini

atas dakwaan membunuh suaminya Awang Mohamad, 42, di rumah mereka

di Kampung Paya Besar, Chenor pada Khamis lepas. - Foto Bernama

Wanita bertubuh kecil itu didakwa membunuh Awang Mohamad, 42, antara pukul 6.30 dan 7 pagi, 30 Jun lalu di rumah tidak bernombor di Kampung Paya Besar, Chenor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ahmad Faizadh membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh menjalani penilaian psikiatri dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan bedah siasat. - Bernama


18 views0 comments
bottom of page