BEIJING: Seorang bayi dari China akhirnya telah dilahirkan selepas embrionya dibekukan oleh sebuah hospital di Shanghai kira-kira 18 tahun lalu, lapor Dailymail
Bayi perempuan yang belum diberi nama itu dilahirkan seberat 3.3 kilogram melalui proses konsepsi 18 tahun lalu menggunakan embrio yang dibekukan.
Bayi ini telah dilahirkan oleh seorang wanita berusia 45 tahun pada 27 Jun lalu di mana merupakan anak sulung bagi wanita berkenaan.
Dengan kelahiran bayi ini ia adalah rekod baru kebangsaan kerana kehamilan menggunakan embrio beku untuk tempoh begitu lama.
Ibunya dikenal pasti sebagai Huang Qiong memutuskan untuk membekukan embrio berkenaan pada 1998 ketika berusia 27 tahun selepas mengalami kesukaran mengandung.