top of page
muinsapidin

Lepas Jawatan Speaker: Devamany Akan Mengadap Sultan Perak

IPOH: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany akan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapat perkenan melepaskan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipegannya selepas dilantik menganggotai kabinet.

Devamany berkata, beliau telah memaklumkan hasrat tersebut kepada pejabat Istana Iskandariah dan sedang menunggu waktu sesuai untuk mengadap Tuanku.

Katanya, beliau tidak boleh meletak jawatan sebagai seorang Speaker Dewan sesuka hati kerana pelantikan tersebut merupakan perkenan daripada Tuanku.

"Ini merupakan prosedur yang perlu dihormati dan dipatuhi, walaupun saya sendiri sudah mengangkat sumpah sebagai Senator dan dilantik Timbalan Menteri, baru-baru ini, " katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada golongan memerlukan di Masjid India Muslim di Sungai Siput pada petang Khamis.

Deavamany berkata, tindakan untuk melepaskan jawatan berkenaan adalah bertepatan dengan janjinya dahulu selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC, tahun lepas.

"Saya telah berjanji untuk kepaskan jawatan bila menang nanti dan kini saya akan tunaikan.

"Tetapi saya kena hormat kepada pihak yang telah merestui pelantikan saya sebagai speaker DUN Perak iaitu perkenan Sultan dan restu daripada Menteri Besar serta barisan kepimpinan BN Perak," katanya lagi.

Devamany berharap jawatan itu dikekalkan kepada MIC sebagai menghargai sumbangan parti kepada kerajaan negeri, khususnya dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar baru-baru ini.


7 views0 comments
bottom of page