top of page
muinsapidin

Lima Tan Daging Untuk Rendang Tok Mak Nik Sempena Aidilfitri

IPOH: Rendang Tok Mak Nik cukup terkenal sebagai salah satu makanan tradisi negeri Perak dan popularitinya bukan sahaja di negeri Perak, malah sehingga ke seluruh negara.

Rendang Tok Mak Nik lebih enak dihidangkan dengan makanan seperti lemang dan ketupat dan dijamu kepada tetamu terutama ketika menyambut Aidilfitri dan Aidiladha.

Menurut Penolong Pengurus Royale Rendang, syarikat pengeluar Rendang Tok Mak Nik, Megat Syahrin Megat Aris, perniagaan rendang tok itu telah berjalan lebih 30 tahun.

Katanya, mereka masih menggunakan resipi yang diperturunkan daripada Allahyarhamah Hajah Nafsiah Yeop Abdullah yang lebih dikenali sebagai Mak Nik.

Beliau memberitahu, pada hari-hari biasa, pihaknya menggunakan dua tan (2,000 kilogram) daging untuk menyediakan bekalan rendang bagi kegunaan empat atau lima hari.

Bagaimanapun, katanya, penggunaan daging untuk memenuhi permintaan rendang tok pada musim perayaan seperti Aidilfitri meningkat kepada lima tan (5,000 kilogram).

“Kami menerima banyak tempahan daripada orang orang luar seperti peniaga pasar pasar tani di Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Setia Wangsa dan Taman Malawati di samping peniaga di Medan Gopeng, Silibin dan Tesco, di Perak,” katanya kepada Suara Perak di Kampung Pasir Putih pada Khamis

Menurut Megat Syahrin, Rendang Tok Mak Nik mengekalkan kelazatan istimewa dan dagingnya pula dimasak secukupnya sehingga berwarna cokelat.

Beliau memberitahu, memandangkan permintaan yang semakin meningkat sekarang, pihaknya menggunakan 30 pekerja tambahan yang terdiri daripada anak muda dan suri rumah yang tinggal di sekitar Kampung Pasir Putih.


117 views0 comments
bottom of page