top of page
muinsapidin

Husni Tetap Melepaskan Semua Jawatan, Termasuk Ketua Bahagian

IPOH: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kekal dengan keputusannya untuk melepaskan semua jawatan ☺dalam parti, termasuk Ketua UMNO Bahagian Tambun di Perak.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah selepas mengadakan pertemuan dengan bekas bossnya itu di Kuala Lumpur pada Rabu.

Aminuddin berkata, dalam pertemuan itu, Husni telah mengesahkan perletakan jawatan beliau dari parti, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Memang UMNO dan BN Tambun memohon agar beliau mempertimbangkan agar mengekalkan jawatan sekurang-kurangnya di peringkat bahagian tetapi beliau kekal dengan keputusan tersebut dan kami menghormati keputusan dan pendirian beliau,” katanya kepada Suara Perak melalui aplikasi Whatsapp lewat malam Rabu.

Mengenai persoalan mengapa Husni melepaskan semua jawatan dalam parti, Aminuddin berkata, Husni berpendapat, secara logiknya, setelah mengundurkan diri dan tidak lagi memegang jawatan menteri, tiada keperluan lagi bagi beliau untuk memegang sebarang jawatan parti di peringkat pusat dan negeri.

“Manakala di peringkat bahagian pula beliau merasakan inilah masa yg sesuai untuk melaksanakan pelan peralihan kepimpinan yg telah beliau rancang semenjak selepas PRU 13 lagi.

“UMNO / BN Tambun sudah pasti akan merasai kehilangan kepimpinan beliau, namun kami tetap menghormati keputusan beliau,” ujarnya.


4 views0 comments
bottom of page