top of page
muinsapidin

UMNO Tambun Cuba Pujuk Husni Kekal Ketua Bahagian

IPOH: UMNO Bahagian Tambun sedang dalam proses memujuk Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah supaya terus kekal memegang sebagai Ketua Bahagian itu sehingga tamat tempoh penggal sekarang. Namun begitu, mereka tetap menghormati keputusan Ahli Parlimen Tambun itu yang melepaskan jawatan lain termasuk Menteri Kewangan Kedua.

Ahmad Husni Hanadzlah

Astro Awani difahamkan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Aminuddin Md Hanafiah telah bertolak ke Kuala Lumpur pagi Rabu untuk mengadakan pertemuan dengan Husni. Pemilihan UMNO yang dijadualkan diadakan pada tahun ini telah ditangguhkan 18 bulan lagi untuk memantapkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. Justeru itu, barisan kepimpinan sayap empat peringkat UMNO Bahagian Tambun berpendapat khidmat Husni masih diperlukan bagi memantapkan jentera parti untuk menghadapi PRU-14 akan datang. Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim menyifatkan keputusan Husni itu sebagai satu kehilangan besar buat negeri Perak dan negara. Menurut Rusnah, beliau amat mengenali Husni sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja lebih-lebih lagi menjaga kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Tambun. “Beliau seorang pemimpin yang kuat bekerja dan saya sebenarnya banyak belajar daripadanya, keputusan yang diambilnya itu bagi saya merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Perak dan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri Pertubuhan Sukarela Kebajikan Anak Yatim Islam Negeri Perak di sini pada Selasa.


43 views0 comments
bottom of page