IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh telah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap dua anggota polis bermula hari ini (Rabu) berhubung satu kes rasuah.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Ashifa Redzuan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
Menurut siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kedua-dua anggota polis terbabit, seorang berpangkat Inspektor dan seorang Koperal,
berumur dalam lingkungan 30 an tahun telah ditahan di Cameron Highland pada Selasa kerana disyaki meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang peniaga sebagai balasan untuk tidak menganggu urusan perniagaan.