top of page
muinsapidin

PM Umum Rombakan Kabinet

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet hari ini menyaksikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berundur daripada Kabinet dan pelantikan dua Menteri penuh serta empat Timbalan Menteri baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan rombakan Kabinet itu di Perdana Putra, di sini, sebentar tadi, berkata Husni meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Dua Menteri penuh yang dilantik ialah Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau mengambil alih portfolio Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri yang baharu dilantik ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Mansor sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri:

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Ghani

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Mansor

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri K Devamany Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong


23 views0 comments
bottom of page