top of page

RM93,000 Sumbangan Untuk PVATM Perak

muinsapidin

IPOH: Kerajaan negeri menghulurkan sumbangan RM93,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Kinta Riverfront di sini pada Jumaat malam.

Setiap 44 cawangan PVATM menerima sumbangan RM2,000 manakala PVATM negeri menerima RM5,000.

Samsudin berkata, selain daripada sumbangan itu, setiap cawangan persatuan berkenaan di negeri ini menerima kembali sumbangan Tabung Hari Pahlawan yang mereka kutip tahun lalu.

"Tahun lalu kita dapat mengutip sumbangan Tabung Hari Pahlawan sebanyak RM225,000 dan tahun ini sasaran kita ialah RM300,000 ," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Beliau berharap, lebih banyak syarikat korporat di negeri ini menghulurkan sumbangan untuk tabung berkenaan tahun ini.

"Tahun lalu kita mendapat sumbangan yang baik daripada syarikat berkaitan kerajaan dan orang ramai, tetapi kurang daripada syarikat korporat.

"Saya sangat berharap tahun ini lebih banyak syarikat korporat tampil menghulurkan sumbangan sebagai tanda ingatan dan terima kasih terhadap pengorbanan bekas perajurit," ujarnya.


16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page