top of page

Kastam Perak Patahkan Kegiatan Seludup Mercun, Bunga Api

muinsapidin

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya mematahkan kegiatan menyeludup mercun dan bunga api terbesar tahun ini apabila menahan tiga lelaki dan merampas mercun dan bunga api bernilai RM57,868.84 dalam empat serbuan berasingan sejak Isnin lalu.

Menurut Pengarah Kastam Perak, Datuk Awai Mamat, kejayaan itu dicapai hasil serbuan yang dijalankan pihaknya di kawasan Kulim, Kedah, Teluk Intan, Tanjung Piandang dan Pengkalan Hulu.

Beliau berkata, jumlah cukai bagi kesemua mercun dan bunga api yang dirampas itu bernilai RM34,646.02.

“Kita berjaya menahan tiga lelaki termasuk seorang warga emas berusia 70 tahun di Tanjung Piandang, Isnin lalu.

“Serbuan terbesar dijalankan di sebuah stor ladang ayam dalam kawasan kelapa sawit di Kampung Lobak, Mahang, Kulim, semalam dengan merampas bunga api bernilai RM50,000 dan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun," katanya dalam sidang media di Jabatan Kastam Perak, Ipoh pada Khamis.

Menurut Awai, kesemua lelaki berkenaan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan menyimpan barang larangan.

Katanya, operasi yang dijalankan pihak JKDM juga merupakan satu tangungjawab sosial bagi memastikan tidak berlakunya kes-kes kemalangan disebabkan mercun dan bungi api.


29 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page