top of page
muinsapidin

Dua Maut Dalam Nahas 16 Kenderaan

KUALA KUBU BHARU: Dua maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.15 pagi Khamis.

Menurut Polis Trafik Hulu Selangor, kemalangan membabitkan 11 kereta, empat lori dan sebuah van.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nurul Syazeila Iryani Binti Suhaimi, 28 dan Hanna Humaira Binti Mohd Hasnun, 1 tahun 5 bulan, kedua-duanya dari Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada lori treler yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh 5 buah kereta, termasuk kereta yang dinaiki mangsa.

Akibat rempuhan tersebut kereta mangsa telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Akibat perlanggaran itu, kenderaan lain tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran yang seterusnya.

Keadaan jalan sesak kerana lorong kiri di lokasi kejadian ditutup kerana terdapat kemalangan sebelum lokasi kemalangan ini.

Sementara itu, semua lorong laluan ke ibu negara mengalami kesesakan berikutan kerja menyelamat sedang dijalankan dan pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif.

Pemandu lori treler ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian aiir kencing.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 10.23 pagi untuk melakukan kerja menyelamat.


17 views0 comments
bottom of page