KUALA KANGSAR - Datin Mastura Yazid hari ini melawat jenazah seorang anggota polis, Koperal Mohd Radzuan Musa, anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang meninggal dunia setelah mengalami kemalangan ketika menjalankan tugas.
Ini adalah kemunculan pertama Mastura dengan memikul tugas sebagai Ahli Parlimen selepas menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar Sabtu lalu.
Ketika melawat keluarga tersebut di Kg Rambai Tujuh, K. Kangsar, Mastura mengundang sebak hadirin apabila menenangkan anak-anak arwah yang masih menangis teresak-esak meratapi kehilangan bapa mereka.