top of page

Sultan Perak Rasmi Masjid Umar Al-Khattab

muinsapidin

TAMBUN: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Umar Al-Khattab di Kariah Batu 4 Tambun Perak pada Selasa.

Baginda yang diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah turut berkenan berbuka puasa bersama kira-kira lebih 1,000 rakyat jelata. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria serta barisan exco kerajaan negeri.

Terdahulu sebaik keberangkatan baginda ke majlis tersebut, baginda berkenan menanam pokok kurma najwa di pekarangan masjid.

Baginda kemudiannya menunaikan solat Maghrib bersama tetamu jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebanyak RM592,600 kepada penghulu yang mewakili 2,963 penduduk setempat dari lapan mukim. Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah.


14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page