top of page
muinsapidin

Dr Zambry Rai Lebih 2,500 Pelajar Tahfiz, Anak Yatim

IPOH : Lebih 2,500 pelajar Maahad Tahfiz dan anak-anak yatim dari seluruh negeri Perak diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Isnin.

Majlis anjuran Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR)8 dan Pejabat Menteri Besar itu merupakan program tahunan yang telah pun masuk tahun ketujuh.

Dalam program itu, kesemua jemaah berpeluang mengerjakan solat Magribh, Isyak dan Solat Terawih dipimpin oleh imam dari Masjidil Haram Mekah, Sheikh Osama Muhammad Iqbal.

Dalam majlis tersebut, Dr Zambry kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama berbuka puasa dengan para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim yang hadir.

Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan serta "goodies bag" sempena Ramadan dan Aidilfitri kepada kanak-kanak berkenaan.


40 views0 comments
bottom of page