top of page
muinsapidin

Aman Palestin Suntik Keinsafan Nasib Palestin

IPOH: Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kesyukuran, masih ada saudara kita yang masih dibelenggu dengan kekejaman rejim zionis di Palestin.

Atas kesedaran itu, dalam bulan yang penuh barakah, Aman Palestin berusaha untuk menyuntik rasa keinsafan dan kesedaran tentang gambaran sebenar yang berlaku selain perjuangan umat Islam di sana.

Menurut Duta Aman Palestin, Farah Adeeba Mohamed Ashraf, perjuangan yang ditempuh oleh penduduk di Palestin sememangnya satu jihad mewakili keseluruhan umat Islam di dunia, di samping terus mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.

“Pengalaman saya sebagai wartawan penyiaran membawa saya ke sana dan saya dapat lihat sendiri kemusnahan yang dilakukan oleh rejim Zionis, namun semangat yang ada pada umat Islam di sana sangat mengagumkan.

“Pernah seorang daripada mereka berkata kepada saya bahawa mereka merupakan benteng pertama untuk pertahan kesucian Masjid Al-Aqsa, apa yang boleh kita bantu adalah dengan doa yang berterusan.

"Selain sumbangan dana untuk pembinaan Masjid Imam As-Syafie di Gaza,” kata Farah Adeeba pada program Iftar Ramadan Bersama Palestin di Hotel Kinta Riverfront pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, ahli LKPIM, PPIM dan PPD.

Dalam pada itu, seramai 20 orang anak yatim dari Tronoh dan Chemor diraikan di program itu, selain penyerahan sumbangan daripada pihak BAIDURI kepada mereka.

Majlis diakhiri dengan majlis dengan solat Isya’ dan Terawih.


25 views0 comments
bottom of page